KONSEP DAN OBJEKTIF UMUM








KONSEP

Kem Bina Juara j-QAF adalah suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid cemerlang dalam aspek al-Quran, jawi dan Bahasa Arab. Kem ini akan menjadi asas melahirkan  juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama kem ini juga dapat membentuk Murid  Turus yang akan membantu guru di kelas untuk membimbing  rakan sebaya. Kem ini dijalankan mengikut modul atau bidang yang tertentu dan dilaksanakan di peringkat daerah dan sekolah.  Kem tersebut akan memberi tumpuan kepada modul yang dikendalikan oleh fasilitator atau guru-guru yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang berkenaan.


OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid untuk  memperkembangkan bakat melalui modul yang  diperkenalkan.

2. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan  berketrampilan yang tinggi. 

3. Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.

4. Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang  diketengahkan. 

5. Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami  pengetahuan dalam bidang yang tertentu sebagai  persediaan untuk menjadi juara.

0 comments: